Junta Myanmar bebaskan 2,153 banduan


Lebih 21,000 orang ditahan sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemerhati tempatan. – Gambar EPA, 3 Mei, 2023.

JUNTA Myanmar pada Rabu mengumumkan pengampunan lebih 2,000 banduan yang dipenjarakan di bawah undang-undang yang digunakan secara meluas terhadap perbezaan pendapat sejak rampasan kuasa lebih dua tahun lalu.

Tentera menahan ribuan penunjuk perasaan dan aktivis sejak Februari 2021.

“Pengampunan diberikan kepada 2,153 banduan yang menjalani hukuman di bawah Kanun Keseksaan 505 (a) sempena sambutan tahun baharu Buddha,” kata junta dalam satu kenyataan.

Undang-undang itu menetapkan maksimum hukuman penjara tiga tahun.

Katanya, bagi mereka yang mengulangi kesalahan perlu menjalani baki hukuman dengan penalti tambahan.

Lebih 21,000 orang ditahan sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

Sekurang-kurangnya 170 wartawan ditahan dalam tempoh itu menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – AFP, 3 Mei, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen