Musim tengkujuh di India terus sebabkan kematian dan penderitaan


Gambar menunjukkan tebing sungai Yamuna yang dinaiki air di sepanjang Taj Mahal di Agra. Lebih 500 orang maut dalam kejadian berkaitan hujan termasuk tanah runtuh dan banjir di seluruh India sejak Jun. – Gambar AFP, 26 Julai 2023.

INDIA terus dicengkam penderitaan disebabkan musim tengkujuh yang berterusan dengan hujan lebat melanda kebanyakan kawasan di negara itu semalam.

Jabatan cuaca mengeluarkan “amaran merah” selain meramalkan hujan lebat pada Rabu dan Khamis di kebanyakan tempat di negeri Andhra Pradesh, Telangana, Karnataka, Goa dan Maharashtra.

Walaupun hujan lebat dan banjir melanda di wilayah utara baru-baru ini, hujan sederhana lebat diramalkan untuk Haryana, New Delhi, Himachal Pradesh, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh barat dan diletakkan di bawah kategori “jingga”.

Hujan sederhana lebat di ramalkan di Haryana, New Delhi, Himachal Pradesh, Uttarakhand dan barat Uttar Pradesh dan diletakkan di bawah kategori “jingga”.

Air masih bergenang di beberapa kawasan di New Delhi selepas hujan melanda ibu negara India itu dan kawasan sekitarnya semalam.

Beratus-ratus kenderaan yang diletakkan di sebuah kawasan di bandar Noida di pinggir New Delhi ditenggelami air akibat limpahan air sungai Hindon pada Selasa.

Di Hyderabad persiapan sudah dibuat untuk menghadapi banjir, kesesakan lalu lintas dan kemungkinan gangguan bekalan elektrik. 

Lebih 500 orang maut dalam kejadian berkaitan hujan termasuk tanah runtuh dan banjir di seluruh India sejak Jun.

Di Himachal Pradesh merekodkan kira-kira 150 kematian dan 41 orang maut di Punjab.

Sementara di Gujarat kira-kira 110 korban dilaporkan sejak beberapa hari lalu menyebabkan kekacauan di banyak daerah termasuk di wilayah Junagarh.

Kira-kira 100 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di dusun Irshalwadi di daerah Raigad di negeri Maharashtra pada minggu lalu tetapi setakat ini hanya 27 mayat ditemukan sejak pencarian dihentikan dan 57 orang diisytiharkan hilang. – Bernama, 26 Julai 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen