Tentera AS meterai perjanjian AI AS$98.5 juta tingkat keupayaan siber


Lima alat AI penjanaan kuasa utama seperti OpenAI (ChatGPT) dan Google's Bard digunakan sebagai sebahagian daripada latihan. – Gambar AFP, 22 Julai, 2023.

TENTERA Amerika Syarikat mengadakan perjanjian bernilai AS$98.5 untuk kecerdasan buatan (AI) meningkatkan keupayaan operasi sibernya, lapor Sputnik, memetik kenyataan Jabatan Pertahanan.

“Assured Information Security Inc., Rome, New York dianugerahkan kontrak $98,500,000… untuk perisian dan laporan.

“Perjanjian ini menyediakan alatan dan teknik berasaskan AI yang dibangunkan dalam industri dan akademik untuk meningkatkan keupayaan siber dan operasi yang dibangunkan oleh Tentera Udara dan bekerjasama dengan tentera,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kerja-kerja akan dilakukan di Rom, New York dalam tempoh lima tahun akan datang dan dijangka siap pada 20 Julai 2028, menurut kenyataan itu.

Awal bulan ini, Bloomberg melaporkan tentera AS menjalankan latihan kecerdasan buatan bahasa untuk menguji prestasi tugas ketenteraan buat kali pertama.

Lima alat AI penjanaan kuasa utama seperti OpenAI (ChatGPT) dan Google’s Bard digunakan sebagai sebahagian daripada latihan selama lapan minggu yang dikendalikan oleh pejabat digital dan AI Pentagon serta tentera dengan penyertaan daripada sekutu AS, menurut laporan itu. – Bernama, 22 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen