Doktor tolak penempatan perlu lapor diri dulu, rayu kemudian, kata MMA 


Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai berkata doktor boleh membuat rayuan kemudian jika mereka mempunyai sebab yang sah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2023.

PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kira-kira 200 doktor perubatan yang enggan ditempatkan di Sarawak menerima tawaran itu dan melaporkan diri untuk bekerja di sana terlebih dahulu.

Presiden MMA Dr Muruga Raj Rajathurai berkata doktor boleh membuat rayuan kemudian jika mereka mempunyai sebab yang sah.

“Kami ingin mengingatkan doktor ini bahawa sebagai penjawat awam, terdapat peraturan dan undang-undang dalam pelantikan mereka yang mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk dipatuhi.

“Rayuan boleh dihantar tetapi terima dahulu jawatan itu dan lapor diri untuk bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilaporkan lebih 200 doktor gagal melaporkan diri atau menolak jawatan kontrak untuk berkhidmat di Sarawak.

Timbalan menteri kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata doktor ini adalah antara 800 yang ditawarkan jawatan kontrak oleh kementerian kesihatan. – 20 Julai, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen