Lokasi perjanjian damai 1974 dijadikan muzium 


Desmond Davidson

Gambar bersejarah ketua menteri ketika itu Abdul Rahman Yaakub (kiri) dan pemimpin komunis Bong Kee Chok menandatangani perjanjian damai di Rumah rehat kerajaan Seimanggang pada 6 Mac 1974.– 20 Julai, 2023.

RUMAH rehat kerajaan Simanggang, tapak pemeteraian perjanjian damai pada 6 Mac 1974 antara kerajaan Sarawak dan komunis yang kemudiannya melancarkan pemberontakan selama sedekad, akan diisytiharkan sebagai bangunan warisan pada Oktober.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata rumah rehat itu, yang menyediakan penginapan kepada penjawat awam dalam perjalanan luar mereka pada tahun 70-an hingga 80-an, akan menjadi muzium bandar itu.

Pameran utama akan didedikasikan untuk perjanjian antara ketua menteri ketika itu Abdul Rahman Ya’kub dan pemimpin utama Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) Bong Kee Chok, kata Karim kepada pemberita ketika membincangkan rancangan kerajaan mengenai bangunan lama yang mempunyai nilai warisan.

Penyerahan Bong, bersama lebih 400 penyokongnya, memberi tamparan yang melumpuhkan pemberontakan walaupun ia tidak menamatkannya.

Pemberontakan di Sarawak hanya berakhir pada tahun 1990 apabila baki pemberontak NKCP menandatangani satu lagi perjanjian damai pada 17 Oktober 1990.

Menteri itu berkata tidak ramai rakyat Sarawak menyedari kepentingan sejarah perjanjian damai itu atau mengapa nama bandar ini, 132km dari Kuching, ditukar dari Simanggang kepada Bandar Sri Aman.

“Ia akan dicerminkan dalam (muzium),” katanya.

Pada 2019, Premier Abang Johari Openg bagaimanapun secara rasmi menukar nama bandar itu kepada Simanggang kerana permintaan ramai.

Semalam, Abang Johari mengesahkan bangunan Pejabat Pos Besar di Kuching, adalah salah satu daripada 52 hartanah yang akan dikembalikan kerajaan pusat kepada negeri ini. – 20 Julai, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen