PEMILIHAN Parti Gerakan bagi penggal 2023-2026 yang akan berlangsung 15 Julai ini menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mempertahan jawatannya akan dicabar Naib Presiden Michael Gan Peng Lam serta bekas setiausaha agung Liang Teck Meng dan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Lau Hoi Keong.
Perkara itu diumumkan Naib Presiden Soo Kay Ping merangkap Pegawai Jawatankuasa Penyelia Pemilihan Nasional pada sidang media di Menara PGRM, hari ini.
Timbalan Presiden Oh Tong Keong yang turut mempertahan jawatan pada pemilihan kali ini akan dicabar oleh Setiausaha Agung Mak Kah Keong, Timbalan Speaker V. Prabagaran dan Ketua Biro Pendidikan Dr Kiew Hen Chong.
Bagi Naib Presiden Baljit Singh dan Koo Shiaw Lee yang mempertahan jawatan itu akan ditentang oleh Pengerusi Gerakan Sabah Alexander Lo Su Hyen serta Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Lee Ban Fatt.
Soo berkata bagi mengisi 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat pula sebanyak 40 pencalonan diterima.
Beliau juga berkata Chung Mon Sie dan Wong Chia Zhen masing-masing menang tanpa bertanding jawatan ketua wanita dan ketua pemuda. – Bernama, 8 Julai, 2023.
Komen