BN hargai polis, tak macam ‘pemimpin umur 93 tahun’, kata Najib


Muzliza Mustafa

Perdana Menteri Najib Razak bersama timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sambutan Hari Polis ke-211 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Mac, 2018.

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini mengecam “pemimpin 93 tahun” itu kerana menyalahkan polis dalam pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, sebaliknya berkata Barisan Nasional (BN) menghargai kerja pasukan itu dalam memastikan keselamatan negara.

Najib dan pentadbirannya menggunakan “pemimpin 93 tahun” sebagai merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat di negara ini yang kini mengetuai barisan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir yang kini berusia 93 tahun mendakwa polis bertanggungjawab dan bersalah kerana mendorongnya memecat Anwar yang juga timbalan perdana menteri pada 1998.

Terbaru pula ada bekas pemimpin yang sudah berumur 93 tahun mendakwa polis kononnya yang bertanggungjawab dan bersalah kerana mendorong beliau memecat timbalan perdana menteri pada 1998, ” katanya.

“Dakwaannya itu sudah pun dijawab oleh Rahim Noor yang juga ketua polis negara ketika itu yang memaklumkan polis tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk memecat sesiapa pun,” kata Najib.

Beliau berkata anak lelaki kesayangan pemimpin berkenaan juga ada menyebut akan memecat kesemua pegawai tinggi dalam kerajaan hari ini sekiranya pakatan pembangkang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir menubuhkan parti Bersatu selepas keluar Umno. Anaknya, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah turut keluar Umno dan kini timbalan presiden Bersatu.

Rahim dipetik berkata kepada Utusan beliau keliru dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa polis yang mendorongnya memecat Anwar.

Rahim berkata beliau tidak tahu motif bekas perdana menteri itu membuat dakwaan sedemikian, kerana polis tidak ada kuasa undang-undang untuk memecat mana-mana menteri.

“Saya tidak tahu kenapa dia berkata begitu dan saya tidak dapat selami pemikirannya. Polis tiada kuasa dari segi undang-undang untuk melakukan pemecatan kepada sesiapa pun.

”Pelantikan dan pemecatan seorang timbalan perdana menteri bukan seperti memetik buah kelapa, semuanya dicadangkan perdana menteri,” katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Anwar dipecat pada 2 September, 1998 dan ditahan dan dihukum penjara pada 20 September.

Najib berkata tidak seperti “pemimpin itu”, kerajaan hari ini berbeza kerana ia sentiasa menghargai sumbangan polis kepada negara.

“Berlainan dengan pihak kerajaan, kita sebaliknya sentiasa menghargai sumbangan anggota PDRM.

“Dan saya ingin katakan bahawa kepentingan dan kebajikan PDRM akan terus diperjuangkan kerajaan sedia ada,” katanya. – 25 Mac, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Ya kenalah hargai polis sebab tiada pegawai polis lain yang sanggup menjalankan arahan bunuh orang melainkan pengawal keselamatan Penyangak MO1 saja yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Nordin KCD · Ulasan

  • Yela kena hargai,polis jd macai najib.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan

  • IGP Rahim seorang yg taat setia, boleh mempertahankan boss walaupun tidak diberi apa apa kebaikan. Itulah Tun yg di sanjung.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan