KESEMUA lima penumpang kapal selam Titan yang hilang ketika berhampiran bangkai kapal Titanic di dasar Laut Atlantik disahkan meninggal dunia. kata
Kapal selam itu dipercayai meletup berdekatan Titanic, menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Ahli keluarga semua mangsa tragedi itu telah pun dimaklumkan.
Pengumuman itu sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat kapal selam tersebut sejak ia hilang empat hari lalu.
Laksamana Muda John Mauger pada sidang media di Boston berkata kapal selam itu dipercayai meletup berdasarkan serpihan yang ditemui kira-kira 500 meter dari bangkai Titanic.
Kesemua penumpang terbabit adalah penjelajah dan jutawan British Hamish Harding, ppakar kapal selam Perancis Paul-Henri Nargeolet, taikun Pakistan-British Shahzada Dawood dan anaknya Suleman, dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate Expeditions Stockton Rush.
Ekspedisi kapal selam Titan dijalankan oleh OceanGate Expeditions yang berpangkalan di AS.
“Kami bersedih atas kehilangan nyawa dan kegembiraan yang mereka bawa kepada semua orang yang mereka kenali,” kata OceanGate dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Pengawal Pantai AS pada awal Khamis mengumumkan robot bawah air menemui “medan serpihan” di kawasan pencarian. – AFP, 23 Jun 2023.
Komen