'Bunyi bawah permukaan air' dikesan di lokasi pencarian kapal selam Titan


Pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic masih diteruskan. – Gambar AFP, 21 Jun 2023.

SEBUAH pesawat Kanada mengesan “bunyi di bawah permukaan air” di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic, menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Pesawat Kanada jenis P-3 mengesan bunyi di kawasan pencarian. Oleh itu, ROV (kenderaan yang dikendalikan dari jarak jauh) telah dipindahkan untuk menyiasat asal usul bunyi itu.

“Pencarian ROV belum memberi hasil positif tetapi akan diteruskan.

“Selain itu, data dari pesawat jenis P-3 ini telah dikongsi dengan pakar-pakar Tentera Laut Amerika Syarikat untuk analisis lanjut dan akan dipertimbangkan dalam rancangan pencarian pada masa depan,” menurut pengawal pantai AS menerusi ciapan di Twitter. – Bernama, 21 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen