Maju ke hadapan, jadikan kerajaan perpaduan berfungsi, kata Loke


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata perbezaan politik tidak bermakna parti-parti dalam kerajaan perpaduan tidak boleh bekerjasama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Jun 2023.

MUSTAHIL untuk menyelesaikan semua isu dalam politik, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Umno dan DAP misalnya, walaupun saling menghormati pandangan masing-masing namun ada beberapa isu yang mereka berbeza pendapat, katanya dalam temu bual di BFM Breakfast Grill pagi ini.

Dan perbezaan itu juga tidaklah bermakna dua parti itu tidak boleh bekerjasama, tambah Loke.

“Kita tidak boleh dengar cakap semua orang. Kami mahu maju ke depan untuk menjadikan kerajaan perpaduan ini berfungsi.

“Kita tak boleh kata kalau ada satu atau dua isu (antara parti) maka kita tak boleh bekerjasama,” ujarnya.

Loke merujuk kepada gesaan Pemuda Umno supaya DAP memohon maaf atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti Melayu itu sewaktu kedua-dua parti bermusuhan sebelum ini.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2023 minggu lepas  berkata, DAP perlu memohon maaf kepada Umno untuk melembutkan hati orang Melayu agar memilih mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Tuntutan sama turut dikemukan Pemuda MCA, yang berkata tuduhan DAP pada masa lalu menyebabkan masyarakat Cina menjauhi parti itu.

DAP, Umno dan MCA kini sekutu dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. – 15 Jun 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen