Boeing terima tempahan 4 jet perniagaan


Boeing mengumumkan menerima tempahan sehingga empat jet perniagaan Boeing jarak jauh ultra. – Gambar fail AFP, 23 Mei, 2023.

BOEING pada Isnin mengumumkan menerima tempahan sehingga empat jet perniagaan Boeing jarak jauh ultra oleh pelanggan VIP yang namanya tidak didedahkan, lapor agensi berita Xinhua.

Pesanan itu termasuk dua jet 787-8, satu pesawat 737-7 dan pilihan untuk membeli jet 777-9, menurut pengumuman itu.

“Dibangunkan menggunakan platform kerangka pesawat terbang komersial paling laris Boeing, pelanggan mengiktiraf nilai dalam mengendalikan jet yang paling boleh dipercayai dan berkebolehan di dunia,” kata presiden BBJ, Joe Benson.

Dilengkapi inovasi dan teknologi terkini pesawat komersial Boeing, siri keluaran pesawat jet perniagaan Boeing dengan prestasi persekitaran yang dipertingkat, mengurangkan penggunaan bahan api berbanding generasi sebelumnya, menurut syarikat itu. – Bernama, 23 Mei, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen