Bekas presiden Peru tiba di Lima selepas diekstradisi dari AS


Bekas Presiden Peru Alejandro Toledo tiba di Lima semalam selepas diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi pertuduhan rasuah. – Gambar AFP, 24 April, 2023.

BEKAS Presiden Peru Alejandro Toledo tiba di Lima semalam selepas diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi pertuduhan rasuah kerana didakwa menerima sogokan bernilai jutaan dolar Amerika, lapor Xinhua memetik radio Peru RPP. 

Ekstradisi Toledo itu sekali gus menamatkan perjuangan pihak berkuasa kehakiman Peru selama enam tahun.

Bekas presiden itu didakwa menerima rasuah sekurang-kurangnya AS$20 juta daripada sebuah syarikat pembinaan Brazil Odebrecht sebagai pertukaran kontrak kerajaan untuk membina Lebuhraya Interoceanic yang menghubungkan Peru dan Brazil .

Pendakwa raya di Peru mahu Toledo dikenakan hukuman penjara lebih 20 tahun atas jenayah itu.

Toledo yang menjadi buruan sejak 2017 pernah mentadbir Peru dari 2001 hingga 2006. – Bernama, 24 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen