SEKURANG-kurangnya 14 orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan Ecuador dan pada Sabtu, kata pihak berkuasa.
Gegaran memusnahkan bangunan dan kenderaan remuk, dan sisa runtuhan boleh dilihat di bandar Machala dan Cuenca di Ecuador.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 pada skala Richter dan pada kedalaman 66.4km berlaku pada 12:12 tengah hari waktu tempatan.
Gempa berpusat di perbandaran Ecuadoran Balao, berhampiran sempadan dengan Peru, serta tidak menyebabkan tsunami, kata pihak berkuasa.
Media melaporkan gegaran turut dirasai di bandar lain termasuk Guayaquil, Quito, Manabi dan Manta di Ecuador.
Sementara itu Presiden Ecuador Guillermo Lasso segera ke El Oro melawat mangsa yang cedera di hospital dan kemudian akan ke Azuay.
Terdahulu di Twitter beliau menggesa orang ramai supaya kekal tenang dan mendapatkan maklumat berkenaan gempa melalui saluran rasmi.
Sementara itu di Peru tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan setakat ini, di mana gegaran gempa bumi kurang kuat.
Bagaimanapun tiga orang dilaporkan maut di wilayah El Oro apabila sebuah menara tumbang dan menghempap mereka.
Pihak berkuasa seismologi Peru pada mulanya melaporkan magnitud 7.0, tetapi beberapa jam kemudian menurunkan magnitud tersebut kepada 6.7.
Sementara itu, Ketua Pusat Seismologi Kebangsaan Peru, Hernando Tavera memberi jaminan tiada kerosakan yang ketara pada struktur atau kemalangan jiwa di negara berkenaan.
Gegaran susulan pertama dengan magnitud 4.8 direkodkan di Balao, Ecuador dan tentera laut Ecuador berkata ia tidak mendatangkan ancaman tsunami. – AFP, 19 Mac 2023.
Komen