GUNUNG Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak 16 kali pada Rabu dan menghamburkan abu panas sejauh 2 kilometer, menurut pos pemantauan Gunung Berapi Semeru.
“Letusan pertama bermula pada jam 7.10 pagi dan kedua pada 8.40 pagi, dengan tempoh 82 hingga 110 saat,” kata pegawai pos pemantau Gunung Berapi Semeru, Sigit Rian Alfian pada Rabu.
Status berjaga-jaga Gunung Semeru berada pada tahap ketiga tertinggi, lapor agensi berita Xinhua.
Pihak berkuasa meminta orang ramai untuk terus berwaspada dan mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan tenggara sepanjang 13km dan dalam radius 5km di sekitar puncak untuk mengelakkan bencana.
Letusan Gunung Semeru pada Disember 2021 menyebabkan puluhan ribu orang melarikan diri dan meragut lebih 50 nyawa. – Bernama, 19 April, 2023.
Komen