Pembayar cukai disaran semak status sekatan perjalanan sebelum rancang cuti ke luar negara


HASiL mengambil langkah sekatan perjalanan ke luar negara jika pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2023.

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan percutian ke luar negara.

HASiL dalam kenyataan hari ini berkata sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang dikenakan sekiranya pembayar cukai gagal membuat bayaran terhadap baki cukai tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan. 

Pembayar cukai perlu menyemak status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax pautan https://mytax.hasil.gov.my/ selain semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

Pembayar cukai dimohon membuat bayaran atau menghubungi pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public. – Bernama, 17 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen