PENGARAH eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kamarulzaman Mat Salleh dilantik menjadi datuk bandar baharu.
Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan semalam.
“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungi pihak berkuasa tempatan yang dilaksana DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” kata Mohd Zuki.
Kamarulzaman, 59, memiliki ijazah sarjana muda ukur dari Universiti Malaysia dan mula berkhidmat di DBKL sejak 1991.
Beliau menggantikan Mahadi Che Ngah yang tamat tempoh pelantikan di jawatan tersebut pada bulan lalu, kata Mohd Zuki. – 14 April, 2023.
Komen