Langkah bebaskan Najib, Zahid mungkin usaha perkukuh kerajaan perpaduan, kata Bersih


Ravin Palanisamy

Pengerusi Bersih Thomas Fann langkah untuk dapatkan pengampunan diraja kepada Najib Razak dan gugurkan pertuduhan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan untuk kukuhkan kerajaan sedia ada. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 April, 2023.

LANGKAH untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi bekas perdana menteri Najib Razak dan menggugurkan pertuduhan terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan untuk mengukuhkan kerajaan perpaduan sekarang, kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Thomas Fann.

Fann juga berkata terdapat kebimbangan bahawa kerajaan mungkin tidak bertahan sepanjang penggal.

“Kali terakhir Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pada 2018, jangkaan mereka dan jangkaan semua orang ialah mereka akan mempunyai tempoh lima tahun penuh untuk melaksanakan beberapa reformasi institusi penting tetapi akhirnya, mereka hanya berkuasa selama 22 bulan,” kata Fann semasa Pelancaran Laporan Tahunan Bersih 2022 hari ini.

“Kebimbangan kali ini masih sah kerana selain daripada undang-undang anti-lompat, keadaan politik masih agak status quo seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Jadi, ada kemungkinan kerajaan ini tidak kekal. Sebab itu segala muslihat politik rakan kongsi mereka untuk mendapatkan pengampunan Najib, gugurkan pertuduhan terhadap timbalan perdana menteri Zahid.

“Semua ini adalah spekulasi dan gerakan di sebalik tabir,” tambahnya. – 13 April, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen