Ribuan tuntut hukuman lebih berat pada wanita dera pembantu rumah 


Noel Achariam

Petisyen di laman web change.org yang mendesak agar Rozita Mohd Ali dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu cubaan membunuh atau mendatangkan kecederaan parah.

RAKYAT Malaysia melancarkan petisyen dalam talian bagi menggesa hukuma yang lebih tegas dikenakan terhadap seorang wanita, Rozita Mohd Ali yang mendera pembantu rumahnya dua tahun lalu. 

Setakat ini, 14,437 orang telah menandatagani petisyen dalam talian yang dilancarkan petang semalam bagi menggesa Rozita didakwa atas tuduhan cubaan membunuh atau cuba menyebabkan kecederaan parah.

Petisyen bertajuk “Calling for equal justice” mensasarkan 15,000 rakyat Malaysia menurunkan tandatangan. 

Petisyen berkenaan juga ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan menteri undang-undang Azalina Othman Said. 

Petisyen di laman web change.org menyatakan, jenayah yang dilakukan Rozita terhadap pembantu rumahnya adalah hina dan tidak berperikemanusiaan dan sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat berbanding bon kelakuan baik.

Katanya, Rozita sepatutnya didakwa kerana cubaan membunuh atau berniat mendatangkan kecederaan teruk. 

“Kami memilih kerajaan yang tidak sepatutnya ada pengaruh dalam sistem keadilan. Tidak kira dia datin, kaya dan ada hubungan ia tidak memberikannya hak untuk melayan orang lain seperti itu.

“Apa mesej yang kami cuba sampaikan kepada masyarakat dan anak-anak? Malaysia perlu lebih serius tentang isu hak asasi manusia.”

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata beliau telah mengarahkan rayuan difailkan terhadap hukuman yang ringan itu.

Minggu lalu Mahkamah Sesyen mengarahkan Rozita untuk diletakkan di bawah bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 kerana menyebabkan kecederaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia. 

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Rozita selepas dia mengaku bersalah terhadap dakwaan dipinda kerana menyebabkan kecederaan kepada pembantu rumah. 

Rozita, 44, didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Suyanti Sutrinso, 19, menggunakan pisau, mop lantai, payung, batang besi dan penyangkut baju.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara antara jam 7 pagi dan malam pada 21 Jun, 2016. – 18 Mac, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen