SERANGAN di sebuah stesen penyiaran terbesar di Alabania meragut nyawa seorang pengawal keselamatan, awal pagi Isnin menurut polis.
“Penyerang mensasarkan bangunan Top Channel, membunuh pengawal keselamatan,” kata polis.
Tembakan dilepaskan ke arah ibu pejabat stesen penyiaran itu dari sebuah SUV yang dipandu melalui bangunan tersebut, tambahnya.
Pengawal keselamatan berusia 60 tahun itu berada di luar bangunan ketika serangan berlaku.
Pihak polis masih belum menemui sebarang motif serangan tersebut sambil berkata, “siasatan masih berjalan”.
Perdana Menteri Edi Rama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kejadian tersebut dan menyeru “semua pihak bersoladiriti dalam tempoh yang membimbangkan itu”.
Sebelum ini Albania pernah dikenali dengan penyeludupan senjata api. Lebih satu juta senapang Kalashnikov dicuri dari depoh tentera semasa pemberontakan pada tahun 1990-an.
Namun serangan terbuka terhadap pihak media jarang berlaku di negara itu. – AFP, 27 Mac, 2023.
Komen