BEKAS Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa 20 Mac lalu.
SPAN menerusi satu kenyataan hari ini berkata lantikan Santiago itu melengkapkan barisan kepimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN bagi penggal 2023 hingga 2025.
Santiago pernah dilantik sebagai pengerusi SPAN sebelum ini bagi tempoh dua tahun bermula 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2020 namun perkhidmatan beliau ditamatkan lebih awal pada 10 April 2020.
Dalam kenyataan sama, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berharap kepimpinan baharu SPAN dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air (WST 2040). – Bernama, 27 Mac, 2023.
Komen