MAHKAMAH antikeganasan di barat laut Pakistan menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas menghantar kandungan menghina agama dalam kumpulan WhatsApp.
Isu mempersenda agama merupakan perkara paling sensitif di Pakistan yang majoritinya beragama Islam di mana ia boleh mencetuskan keganasan.
Syed Muhammad Zeeshan disabitkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Elektronik dan Akta Anti Pengganas oleh mahkamah di Peshawar.
“Tertuduh Syed Muhammad Zeeshan anak Syed Zakaullah dalam tahanan dan disabitkan serta dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah,” menurut salinan perintah mahkamah yang diperoleh AFP.
Zeeshan yang merupakan penduduk di Mardan disaman 1.2 juta Rupee (AS$4,300) dengan hukuman penjara 23 tahun .
Namun Zeeshan boleh merayu terhadap keputusan tersebut.
Kes tersebut kembali dibangkitkan selepas penduduk Talagang di wilayah Punjab Muhammad Saeed memfailkan perohonan dengan Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) dua tahun lalu mendakwa Zeeshan memuat naik kandungan menghina agama itu dalam kumpulan WhatsApp, peguam Saeed Ibrar Hussain beritahu AFP.
“FIA merampas telefon Zeeshan dan pemeriksaan forensic mendapati dia bersalah,” katanya.
Undang-undang Pakistan melarang penghinaan agama yang boleh membawa hukuman mati namun sehingga kita ia masih berlum pernah dikuat kuasakan. – AFP, 25 Mac, 2023.
Komen