Dr Mahathir tidak seharusnya pecah belah kerajaan berbilang kaum, kata kumpulan


Kumpulan antara agama berkata Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan pemimpin Melayu yang menganut fahaman berbilang kaum tidak akan menumpukan perhatian kepada penyelesaian isu Melayu hanya memecahbelahkan dan perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2023.

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan pemimpin Melayu yang menganut fahaman berbilang kaum tidak akan menumpukan perhatian kepada penyelesaian isu Melayu hanya memecahbelahkan dan perkauman, kata sebuah kumpulan antara agama.

Kumpulan itu merujuk kepada poster yang tular di media sosial untuk mempromosikan perhimpunan “Proklamasi Orang Melayu” hujung minggu ini yang mana Dr Mahathir menjadi tetamu kehormat.

Dalam poster itu didakwa Dr Mahathir berkata kepimpinan kerajaan perpaduan sekarang tidak menangani isu orang Melayu.

Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) Jagir Singh berkata kerajaan perpaduan sekarang tunjukkan melalui dasar mereka, bahawa mereka memperjuangkan semua kaum, tetapi tidak melupakan kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini dan hak orang lain.

“Setakat ini mereka telah melakukan yang baik untuk kerajaan yang agak baharu.

“Beliau (Dr Mahathir) memimpin kerajaan berbilang kaum selama 22 tahun dengan sokongan kuat MCA dan MIC tetapi kini telah mengubah pendiriannya untuk kerajaan Melayu sahaja.”

Penganjur majlis itu, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu berkata, ini bukan acara politik tetapi untuk membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Melayu.

Mereka berkata majlis itu akan membincangkan isu yang melibatkan masyarakat Melayu seperti ekonomi, kos sara hidup dan lain-lain.

Menurut mereka poster acara itu telah diletakkan di media sosial.– 18 Mac, 2023.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen