INFLASI di Argentina mencapai 102.5% dalam tempoh 12 bulan hingga Februari melebihi angka tiga digit dan mencapai paras tertinggi baru.
Ekonomi ketiga terbesar di Amerika Latin itu menyaksikan inflasi meningkat 6.6% pada Februari dan 13.1% sejak awal tahun, kata institut perangkaan nasional Indec.
Argentina mempunyai salah satu kadar inflasi tertinggi di dunia.
Pada 2022 ia mencapai 94.8%, angka tahunan tertinggi negara sejak 1991 apabila melebihi 171%.
Dua tahun sebelumnya menyaksikan hiperinflasi melebihi 2,000%.
Kerajaan Argentina menetapkan sasaran inflasi 2023 sebanyak 60%.
Argentina bergelut dengan krisis ekonomi selama bertahun-tahun mencatatkan inflasi dua angka dalam setiap 12 tahun yang lalu.
Pada Disember kerajaan berhaluan tengah Presiden Alberto Fernandez mencapai persetujuan dengan syarikat makanan dan kebersihan diri untuk membekukan harga sekitar 2,000 produk sehingga Mac, dan mengehadkan kenaikan pada 30,000 produk lagi kepada 4% sebulan.
Kira-kira 36.5% daripada 47 juta penduduk Argentina hidup dalam kemiskinan termasuk 2.6 juta dalam kemiskinan tegar, menurut angka rasmi dari pertengahan 2022.
Ekonomi Argentina berkembang sebanyak 5.2% pada 2022 berbanding 10.3% pada tahun sebelumnya yang mengakhiri tiga tahun kemelesetan.
Pada hari Isnin IMF berkata ia mencapai persetujuan dengan kerajaan di Buenos Aires mengenai kajian semula keempat pakej bantuan untuk negara Amerika Selatan itu membuka jalan untuk pengeluaran kira-kira AS$5.3 bilion (RM23.8 bilion).
Pembiayaan baharu itu akan menjadikan dana yang diperuntukkan kepada Argentina sejak menandatangani program bantuan pada Mac 2022 kepada AS$28.8 bilion.
Pertumbuhan Argentina untuk 2023 dijangka perlahan kepada hanya 2%, menurut Bank Dunia.
Jika itu berlaku ia akan menjadi kali pertama dalam 15 tahun Argentina mengalami pertumbuhan tiga tahun berturut-turut. – AFP, 15 Mac 2023.
Komen