Belanjawan 2023: B40 beri pelbagai reaksi berbeza


Noel Achariam Diyana Ibrahim Desmond Davidson Alfian Z.M. Tahir Kalidevi Mogan Kumarappa

Rata-rata mahu kerajaan menangani soal kenaikan harga barang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Februari, 2023.

BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau lebih dikenali sebagai B40.

Menurut mereka meskipun terdapat beberapa manfaat untuk rakyat, namun mereka berharap dapat melihat lebih banyak perubahan dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

Mereka berkata subsidi akan membantu rakyat namun ia hanya langkah sementara.

Yusof Mohd Ali, 42 jurugambar bebas dari Kuala Terengganu tidak merasa ada sesuatu yang baharu dalam belanjawan kali ini.

“Saya tak tahu nak cakap bagu ke tidak sebab saya rasa macam taka da yang baharu.

“Macam bantuan tunai Rahmah. Kita dah dapat bantuan ini sejak dulu lagi, cuma namanya saja berbeza,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Walau bagaimanapun dia berkata belanjawan kali ini ada beberapa manfaat jika kerajaan terus menyalurkan bantuan kepada golongan B40.

“Pada saya, jika bantuan tunai tidak ditarik atau dikurangkan, rasanya belanjawan kali ini okay sebab bantuan tunai ini memang sangat membantu keluarga B40 macam saya,” katanya.

Tambahnya kerajaan sepatutnya fokus kepada usaha menangani kenaikan harga barang.

“Harga barang yang mahal memberi tekanan kepada kumpulan B40. Setakat Juala Rahmah, saya rasa pernah ada juala Keluarga Malaysia. Sama saja, tiada yang baharu,” katanya.

Yusof Mohd Ali melihat belanjawan dibentangkan tiada beza dengan bantuan kerajaan sebelum ini. – Gambar  The Malaysian Insight, 25 Februari, 2023.

Anwar mengumumkan RM2.5 bilion bantuan kebajikan untuk lebih 400,000 penerima yang layak.

Dalam Belanjawan kali ini, golongan B40 layak menerima bantuan tunai sehingga RM3,100.

Isi rumah B40 dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Bantuan bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 turut akan diperluaskan kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih

Kerajaan juga melaksanakan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan asas dengan harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran di setiap 222 kawasan Parlimen dengan peruntukan RM100 juta.

“Terdapat dana RM225 juta juga bagi memperluas program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu antaranya Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu serta Kuala Krai, Kelantan.

“Dana RM64 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan, insentid untuk meminimumkan kesan inflasi yang dihadapi rakyat,” kata Anwar.

Anwar turut mengumumkan cukai pendapatan golongan M40 dikurangkan 2% melibatkanisi rumah berpendapatan antara lebih RM35,000 hingga RM100,000.

Pengurangan cukai dialu-alukan

Pemandu Grab Arif Asyraf, 40 dari Kuala Lumpur berkata insentif untuk e-hailing adalah baik namun menjadi persoalan bagaimana ia akan diagihkan.

“Bagaimana dana itu nak diagihkan? Kita perlukan maklumat lebih terperinci dan mekanismenya,” katanya.

Sementara sumbangan RM500 kerajaan terhadap ahli, Arif berkata nilai itu tidak cukup untuk membantu rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.

“Lebih wajar RM1,000 sebab kita semua sedang susah,” katanya.

Namun Arif menyambut baik usaha kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak 2%.

Anwar membentangkan sekali lagi Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2023.

Kata Anwar bermula 2023, kadar cukai pendapatan individu pemastautin juga dikurangkan sebanyak dua peratus dengan pendapatan tahunan antara RM35,000 hingga RM100,000 yang bakal memanfaatkan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai.

Pekerja runcit Hikmie Hakim, 25 dari Kuala Lumpur berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan Rahmah.

Bapa kepada tiga anak itu berkata bantuan tunai sangat membantu keluarganya terutama apabila dia seorang sahaja yang bekerja.

“Sebagai bapa muda, beban saya tanggung berat. Isteri saya tidak boleh bekerja kerana anak ketiga kami masih kecil. Mungkin setahun lebih lagi baru dia boleh cari kerja. Anak sulung saya pula dah nak masuk sekolah.

“Jadi lebih banyak duit nak guna. Syukur kerajaan adakan skim ini untuk bantu B40.

“Bukan saja bantuan tunai, ada juga insentif lain macam untuk usahawan muda mulakan bisnes. Insya-Allah saya akan cuba tahun ini,” katanya.

Suri rumah dari Port Dickson, M Shamundeswari,40 berkata sebagai isteri kepada penjawat awam dia gembira dengan pengumuman bonus RM700 dan subsidi yuran taska.

“Kami terima manfaat daripada belanjawan ini tapi kami harap boleh buat pengeluaran KWSP lagi.

“Saya ada simpanan KWSP daripada pekerjaan lepas dan harap boleh keluarkan untuk selesaikan hutang,” katanya.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen