2 maut dalam ribut di California


Pemandangan udara kawasan banjir di Pajaro, Watsonville, California semalam. Penduduk terpaksa berpindah pada tengah malam selepas air sungai melimpah. – Gambar AFP, 12 Mac 2023.

SATU lagi ribut kuat melanda California memaksa ribuan penduduk berpindah dan mengakibatkan sekurang-kurangnya dua kematian.

Ribut itu juga menyebabkan benteng laluan di pantai Monterey County pecah.

Pada Jumaat pengarah perkhidmatan kecemasan negeri Nancy Ward mengumumkan ribut itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Imej yang disiarkan di Twitter oleh akaun Pengawal Kebangsaan negeri menunjukkan pengawal menyelamatkan penduduk yang terperangkap di dalam kereta mereka.

Sekurang-kurangnya satu jalan dihanyutkan di Santa Cruz County di utara Monterey.

Penduduk di beberapa bandar kebanyakannya di utara diarah berpindah.

Siri ribut yang luar biasa hebat dan kelihatan tidak berkesudahan melanda California selama berminggu-minggu.

Presiden AS Joe Biden pada Jumaat meluluskan perintah darurat di California bagi mempercepatkan bantuan persekutuan ke negeri barat itu.

Gabenor Gavin Newsom berkata California “mengerahkan setiap alat yang kita ada untuk melindungi masyarakat daripada ribut yang tidak berkesudahan dan maut yang melanda negeri kita”.

Ribut yang melanda California pada bulan Januari menyebabkan 20 maut. – AFP, 12 Mac 2023.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen