SEPULUH maut manakala sekurang-kurangnya 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan-menembak di bandar yang sebahagian besarnya didiami warga Asia di selatan California, kata polis hari ini, dengan suspek masih belum dapat dikesan.
Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan rambang di tempat tarian di Monterey Park, ketika masyarakat tempatan merayakan Tahun Baru Cina, dengan saksi mengatakan suspek bersenjatakan senapang jenis semi automatik.
Kapten Andrew Meyers dari Jabatan Syerif Daerah Los Angeles berkata pegawai menjawab panggilan kecemasan sekitar jam 10.20 malam semalam dan mendapati orang ramai keluar dari premis itu.
“Petugas masuk ke lokasi dan mengesan mangsa yang lain,” katanya.
“Pihak Bomba Monterey Park dikejarkan ke tempat kejadian dan merawat mangsa yang cedera dan mengesahkan 10 mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. – AFP, 22 Januari, 2023.
Komen