Majlis tertinggi Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin, kata Hamzah


Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Bersatu menjelang mesyuarat agung tahunan parti pada Ahad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Mac, 2023.

BERSATU sebulat suara menolak peletakan jawatan presiden parti Muhyiddin Yassin, kata Hamzah Zainudin.

Dalam satu kenyataan, setiausaha agung parti itu berkata keputusan itu dibuat memandangkan ahli Parlimen Pagoh itu didakwa sebagai presiden Bersatu dan bukan atas kapasiti peribadinya.

“Majlis pimpinan tertinggi sebulat suara menolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden parti.

“Ini kerana kita dapati pertuduhan terhadap Muhyiddin dibuat terhadap jawatannya sebagai presiden Bersatu dan bukannya atas kapasiti peribadinya.

“Pimpinan meminta semua ahli dan penyokong bersabar dan bertenang ketika kita menghadapi ujian besar ini terhadap presiden dan Bersatu iaitu fitnah dan kezaliman,” kata Hamzah.

Mesyuarat khas itu dipengerusikan oleh Muhyiddin menjelang mesyuarat agung tahunan Bersatu pada Ahad.

Pada Jumaat, Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta. – 11 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen