PARTI utama Britain, Konservatif dan Buruh menggantung kempen pilihan raya umum hari ini selepas enam orang mati dalam serangan keganasan terbaru di London.
“Parti Konservatif tidak akan berkempen di seluruh negara hari ini. Kami akan menyambung kembali selepas keadaan reda dan sekiranya wujud lebih banyak perkembangan tentang serangan itu,” kata jurucakap kepada parti haluan kanan yang diterajui Perdana Menteri Theresa May.
Jeremy Corbyn, pemimpin Parti Buruh yang merupakan pembangkang utama menambah dalam kenyataan itu:
“Parti Buruh akan menggantung kempen pilihan raya di seluruh negara sehingga malam ini, selepas rundingan dengan pelbagai pihak, sebagai tanda menghormati mereka yang meninggal dan cedera.”
Pengundian pilihan raya Britain akan berlangsung pada Khamis ini. – AFP, 4 Jun, 2017.
Komen