Azam sahkan Muhyiddin bakal berdepan satu lagi tuduhan Isnin ini


Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Muhyiddin Yassin akan berdepan satu lagi pertuduhan rasuah pada Isnin depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mac, 2023.

BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan satu lagi pertuduhan rasuah pada Isnin depan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengesahkannya hari ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan The Vibes beliau berkata pertuduhan itu adalah di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Awal hari ini Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata Muhyiddin yang merupakan presiden parti berkemungkinan berdepan satu lagi pertuduhan rasuah di Shah Alam pada Isnin ini.

Pagi ini Muhyiddin didakwa atas enam pertuduhan rasuah, empat salah guna kuasa dan dua di bawah undang-undang pengubahan wang haram.

Beliau memohon dibicarakan dan diikat jamin RM2 juta. – 10 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen