Tunjuk surat RoS keputusan usul tambahan Umno diterima, kata Ismail Sabri


Ismail Sabri Yaakob meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan surat RoS mengenai keputusan tidak tanding jawatan presiden dan timbalan presiden. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mac, 2023.

AHMAD Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bahawa ia membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

Naib presiden Ismail Sabri Yaakob berkata presiden Umno perlu mengemukakan surat itu kerana terdapat laporan bercanggah mengenai keputusan RoS berhubung perkara itu.

“Beliau sepatutnya menunjukkan surat RoS kerana terdapat dua laporan media yang bercanggah mengenai perkara itu.

“Satu laporan menyatakan RoS menolak tetapi tidak lama kemudian ada laporan lain menerima keputusan perhimpunan. Semua orang keliru.

“Saya juga membaca laporan media,” katanya kepada portal berita berbahasa Melayu Berita Harian.

Malam tadi, Ahmad Zahid berkata RoS membersihkan Umno daripada sebarang salah laku selepas parti itu meluluskan usul tidak bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Setiausaha agung menerima surat bertarikh 3 Mac daripada kementerian dalam negeri untuk memaklumkan kepada kami keputusan menteri mengenai usul itu,” katanya pada sidang media.

RoS terletak di bawah kuasa kementerian dalam negeri.

Bulan lalu, dilaporkan RoS menyiasat kemungkinan perlanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan oleh perhimpunan agung Umno.

Siasatan itu dimulakan selepas dua ahli Umno membuat laporan kepada RoS mendakwa pembentangan usul itu melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.

Mereka menegaskan ia perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung atau tujuh hari jika dibentangkan oleh ahli Majlis Tertinggi. – 5 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen