PERANCIS mengutuk keras serangan Israel ke atas Tebing Barat sambil menegaskan keganasan terhadap rakyat Palestin tidak boleh diterima.
Republik itu melalui Kementerian Luarnya mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan pendatang Israel itu yang menyasarkan sebuah bandar di mana dua rakyat Israel terbunuh.
Menurut kenyataan itu, kejadian di Terbing Barat itu berisiko menjadi di luar kawalan.
Perancis menyeru semua pihak mengelak daripada mencetuskan keganasan dan menyumbang ke arah mengurangkan tekanan.
“Sebagai sebahagian tanggungjawabnya kerana merampas kuasa, Israel perlu menjaga penduduk Palestin dan cari pelaku serangan yang menyebabkan rumah dan kereta dibakar di kawasan Huwara itu,” kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini puluhan pendatang Israel mengamuk dengan membakar kereta dan rumah di utara Tebing barat ekoran kematian pendatang Yahudi itu dipercayai dibunuh seorang warga Palestin. – AFP, 27 Februari, 2023.
Komen