BANJIR dan tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda Brazil meragut sekurang-kurangnya 19 mangsa semalam, kata pihak berkuasa Ahad.
Rakaman TV dan media sosial dari bandar San Sebastiao menunjukkan seluruh kawasan dinaiki air, serpihan dari rumah di lereng bukit hanyut, lebuh raya dinaiki air dan kereta musnah akibat dihempap pokok tumbang, antara kerosakan lain.
Seramai 228 orang lagi kehilangan tempat tinggal dan 338 dipindahkan di wilayah pantai utara bandar Sao Paulo, kata kerajaan negeri dalam satu kenyataan ketika kru penyelamat berusaha membantu mangsa yang terjejas.
Pihak berkuasa tidak memberikan jumlah sebenar mangsa yang masih hilang.
Gabenor Sao Paulo, Tarcisio de Freitas mengisytiharkan darurat di lima bandar di sepanjang pantai.
San Sebastiao, 200 kilometer (120 batu) di utara Sao Paulo dan lokasi orang ramai dari bandar menghabiskan cuti hujung minggu antara yang paling teruk terjejas apabila 60 sentimeter hujan dalam tempoh 24 jam, pegawai bandar berkata.
“Kami belum lagi melihat jumlah kerosakan. Kami cuba menyelamatkan mangsa,” kata Datuk Bandar Felipe Augusto.
Bencana cuaca ekstrem yang didorong oleh perubahan iklim memberi kesan buruk kepada Brazil.
Hujan lebat tahun lalu di bandar Petropolis menyebabkan lebih 230 kematian. – AFP, 20 Februari, 2023.
Komen