Muafakat Nasional dijangka berjumpa Dr Mahathir minggu depan


Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Khairuddin Abu Hassan berkata Presiden MN Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju NGO dan penyatuan orang Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Februari, 2023.

MUAFAKAT Nasional (MN) dijangka mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad minggu depan.

Ahli Majlis Dewan Tertinggi MN Khairuddin Abu Hassan berkata dalam perjumpaan itu nanti, Presiden MN Annuar Musa akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung hala tuju pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.

“Perjumpaan ini penting kerana Tun Dr Mahathir (pernah) berkata kita kena duduk semeja dan perlu menganjurkan penyatuan dan perpaduan secara total di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Muafakat Nasional bertajuk ‘Muafakat Demi Negara’ di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Melor, di Kota Bharu semalam.

Antara panel yang hadir pada wacana itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Mohd Nassuruddin Daud dan Pendakwah serta Penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. – Bernama, 11 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen