PERU memutuskan untuk memanggil pulang dutanya ke Honduras, Jorge Alejandro Raffo, sebagai tindak balas kepada sokongan Presiden Honduras Xiomara Castro ke atas bekas presiden Peru Pedro Castillo, menurut Kementerian Luar pada Khamis, lapor Xinhua.
Castro berkata “rampasan kuasa” di Peru telah menggulingkan Castillo daripada jawatannya dan meminta “pembebasannya segera”, menurut kementerian itu di Twitter.
Ulasan Castro itu merupakan “campur tangan yang tidak boleh diterima dalam hal ehwal dalaman dan hubungan dengan Honduras kekal “di peringkat kuasa usaha” untuk tempoh yang belum ditetapkan.
Castillo telah didakwa oleh Kongres Peru kerana atas “ketidakupayaan moral kekal” dan ditangkap tidak lama selepas itu yang mencetuskan gelombang protes di seluruh negara. – Bernama, 27 Januari 2023.
Komen