Badan Peguam tawar khidmat percuma kepada mangsa banjir, tanah runtuh


Ravin Palanisamy

Kejadian tanah runtuh di Batang Kali Disember lalu meragut 31 nyawa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari 2023.

BADAN Peguam Malaysia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan guaman percuma kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa bulan lepas, kata presidennya Karen Cheah.

Bantuan serupa juga akan diberi kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, tambahnya.

Cheah berkata badan itu begitu memahami orang ramai mungkin mempunyai banyak persoalan undang-undang tentang hak mereka ketika melalui saat sukar ekoran banjir dan tanah runtuh di Batang Kali.

“Menyedari keperluan ini, Badan Peguam Malaysia melalui Jawatankuasa Bantuan Guaman berserta bantuan mahkamah akan memberi bantuan Bantuan Guaman Bencana kepada orang awam yang terlibat.

“Badan Peguam dan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam akan memberi nasihat dan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang terjejas,” kata Cheah pada Pembukaan Tahun Undang-undang 2023 di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, khidmat itu terbuka kepada semua penduduk Malaysia tanpa mengira kewarganegaraan. – 9 Januari 2023. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen