Tiada kebocoran data yang melibatkan pelanggannya, kata Maybank hari ini.
Bank terbesar Malaysia berkata mereka menyiasat dakwaan kebocoran data dan mendapati ia palsu.
“Susulan siasatan kami terhadap dakwaan pihak ketiga berhubung kebocoran data pelanggan yang dikatakan, Maybank mengesahkan dakwaan ini adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan hari ini, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.
“Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank,” katanya.
Semalam pengguna Facebook dengan nama “Pendakwah Teknologi” yang mendakwa maklumat pengguna hampir 13 juta rakyat Malaysia daripada Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bocor.
Menurut catatan di Facebook itu sebuah laman web menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada 7.56 malam pada 25 Disember.
Maklumat yang bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.
Susulan itu Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata beliau mengarahkan Cybersecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat dakwaan kebocoran itu.
“Saya akan meminta Cybersecurity Malaysia dan jabatan menyiasat sama ada terdapat kebocoran data yang melibatkan pihak terbabit dan mengambil tindakan,” katanya.
Maybank berkata semalam berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada dakwaan ini benar memandangkan Maybank tidak mengalami pelanggaran data. – 31 Disember, 2022.
Komen