KEMENTERIAN pertahanan Czech menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk membeli 10 lagi meriam Caesar howitzer selain daripada 52 yang telah dipersetujui untuk dibeli sebelum ini.
Republik Czech, anggota Nato sejak 1999, akan membeli 10 howitzer yang dibuat oleh Nexter Systems Perancis pada harga 1.77 bilion korunas ($77.5 juta).
Nilai keseluruhan bekalan 62 howitzer ialah 10.3 bilion korunas ($451 juta), kata kementerian pertahanan Czech dalam satu kenyataan, sambil menambah senjata itu harus dibekalkan menjelang akhir 2026.
Perjanjian awal mengenai 52 howitzer telah ditandatangani pada September 2021, sebelum Rusia menyerang Ukraine pada Februari tahun ini.
Dalam tentera Czech, Caesar howitzer 155 milimeter akan menggantikan sistem Dana buatan Czech usang yang berusia lebih daripada empat dekad dan yang berkaliber tidak memenuhi piawaian Nato.
Tentera Perancis telah menggunakan meriam Caesar 155 milimeter dengan jarak 40 kilometer (hampir 25 batu) sejak 2008. – AFP, 17 Disember, 2022.
Komen