Seorang maut, 5 cedera dalam kemalangan kereta api di Republik Czech


SEORANG pemandu kereta api maut dan lima orang cedera apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah lokomotif di timur Republik Czech pada Isnin, kata anggota penyelamat.

Pemandu kereta api ekspres Pendolino maut dan seorang lagi pekerja mengalami kecederaan ringan dalam nahas di stesen Bohumin, kira-kira 300 kilometer (185 batu) timur Prague.

Empat orang di sebuah lokomotif bergerak, turut dirawat kerana kecederaan di lokasi dan kemudian dibawa ke hospital.

“Mereka semua sedar dan nyawa mereka tidak dalam bahaya,” kata perkhidmatan kecemasan tempatan di laman webnya.

Nahas itu mengganggu lalu lintas di landasan kereta api utama yang menghubungkan Prague dan Warsaw, kata polis menerusi Twitter. – AFP, 27 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen