SKANDAL 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan mangsa yang tidak disangka: anak lelaki Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.
Akhbar Australia melaporkan anak lelaki Turnbull, Alex, yang mengatakan beliau diketepikan daripada jawatan eksekutifnya di Goldman Sachs selepas bertindak menjadi pemberi maklumat mengenai tawaran yang didakwa membabitkan berbilion dolar antara bank pelaburan global dan firma pelaburan negara itu.
Pada 2012 dan 2013, ketika Alex bekerja di Goldman Sachs di Singapura, bank itu menaikkan bon bernilai AS$6 bilion (RM24 bilion) untuk 1MDB, dalam urus niaga yang diatur oleh pegawai kanan bank Tim Leissner.
Bank itu memperoleh yuran dan komisyen sebanyak AS$590 juta daripada urus niaga 1MDB itu.
Alex, yang tidak terlibat dalam urus niaga bon, berkata beliau membangkitkan kebimbangan dengan rakan sekerja mengenai harga yang tinggi, serta ketidakjelasan dalam dokumen tawaran mengenai penggunaan wang itu.
“Apabila perjanjian 1MDB dilakukan dengan Goldman Sachs, saya menghantar e-mel kepada beberapa rakan sekerja saya, berkata, ‘Apa yang sedang berlaku ini? Harganya tidak masuk akal, apakah kegunaan data itu?” Katanya dipetik sebagai berkata. – 8 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan