BOB McGrath, yang membintangi program televisyen kanak-kanak Sesame Street selama beberapa dekad, meninggal dunia pada usia 90 tahun, lapor United Press International (UPI).
“Hello rakan-rakan Facebook, kami ada berita sedih untuk dikongsi. Bapa kami Bob McGrath, meninggal dunia di rumah hari ini,” menurut catatan di halaman Facebook McGrath.
McGrath kali pertama muncul dalam Sesame Street pada 1969 dan terus membintangi program 47 musim itu, sambil mendendangkan lagu klasik, People in Your Neighborhood dan Sing a Song.
Beliau meninggalkan rancangan itu pada 2017 dan episod terakhirnya dikenali Having a Ball.
“Bob menyanyikan melodi Sesame Street tidak seperti yang lain, dan persembahannya membawa kegembiraan dan keajaiban kepada kanak-kanak di seluruh dunia…,” menurut ciapan Sesame Workshop pada Ahad. – Bernama, 5 Disember, 2022.
Komen