Pembaharuan JAC harus lebih daripada pelantikan ahli, kata Badan Peguam


Presiden Badan Peguam Karen Cheah berkata cadangan Majlis Raja-Raja agar pelantikan lima lagi ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak lagi dibuat oleh perdana menteri tepat pada masanya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2022.

CADANGAN Majlis Raja-Raja agar pelantikan lima daripada sembilan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak lagi dibuat oleh perdana menteri dialu-alukan dan tepat pada masanya, kata Badan Peguam Malaysia.

Namun lebih banyak pembaharuan perlu dilaksanakan bagi memastikan badan kehakiman bebas daripada sebarang campur tangan, menurut presidennya Karen Cheah dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Akta JAC harus dipinda supaya fungsi badan kehakiman negara benar-benar bebas.

Cheah berkata Badan Peguam menyambut baik cadangan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 semalam, iaitu kuasa perdana menteri untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC perlu dimansuh dan diserahkan kepada institusi lain bagi memastikan suruhanjaya itu bebas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Tuanku Muhriz bertitah langkah itu penting agar keanggotaan JAC lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan kepada mana-mana pihak.

Pelantikan hakim wajar diberi kepada institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, titah baginda.

Cheah seterusnya berkata Badan Peguam mengulangi pendirian bahawa kuasa perdana menteri dalam proses lantikan hakim di bawah Akta JAC mesti dimansuhkan.

“Gesaan kepada pembaharuan JAC tepat pada masanya. Pembaharuan ini perlu untuk mendukung kebebasan badan kehakiman 

“Badan Peguam mengambil peluang ini untuk mengulangi gesaan kami agar Akta JAC dipinda, di mana kajian semula ke atas peruntukan berkenaan wakil pihak berkepentingan harus dilakukan oleh pengamal undang-undang dan peguam negara,” katanya. – 1 Disember, 2022. 

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen