Ahmad Zahid ulang pendirian Ismail Sabri kekal PM


Pengerusi Barisan Nasional Dr Ahmad Zahid Hamidi keputusan calon perdana menteri sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2022.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai calon perdana menteri BN apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.

“Apabila Umno dan BN buat keputusan kita akan terus komited untuk menentukan bahawa nama perdana menteri kita adalah perdana menteri yang sedang melakukan tugas dengan baik di Putrajaya.

“Jangan timbul spekulasi dan ramalan… jangan cucuk mencucuk dalam kalangan kami kerana kami ‘tiada masalah langsung’,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama calon, jentera dan penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di Melaka hari ini. – Bernama, 10 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen