Sungai Buloh sebab sudah tiada pilihan, kata KJ


Ravin Palanisamy

KHAIRY Jamaluddin hari ini berkata keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang bukan kemahuannya tetapi mendakwa beliau tidak mempunyai pilihan lain.

Khairy menjawab soalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini berkata menteri kesihatan itu mahu bertanding di Sungai Buloh dan sebab itu beliau diletakkan di kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana (Parlimen Sungai Buloh) dan saya tunaikan permintaannya,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya Titiwangsa malam tadi.

Khairy dalam pada itu berkata beliau perlu berusaha sendiri untuk memastikan dirinya mendapat kerusi pada PRU15 kerana Umno tidak memberitahunya apa-apa.

“Saya tiada pilihan kerana pucuk pimpinan parti tidak memberi sebarang isyarat kepada saya untuk pergi ke mana-mana kawasan. Saya ditinggal begitu sahaja,” kata Khairy kepada pemberita hari ini selepas melawat SME Aerospace di Sg Buloh hari ini.

“Saya tahu saya kena keluar dari kawasan parlimen Rembau.

“Jadi pada waktu itu saya tiada pilihan. Saya kena buat sesuatu untuk diri saya.

“Jadi saya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Noh Omar (Pengerusi BN Selangor) dan Vicky (Presiden MIC S.A Vigneswaran) kerana sudah tidak banyak kerusi lain yang ada. Hanya dua atau tiga lagi yang ada.

“Jadi saya cakap ‘ok’ yang saya akan pilih Sungai Buloh tapi nak cakap saya nak dari awal…Tidak.

“Sebab saya menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan. Tiada apa-apa dan semua kerusi, satu demi satu, mula tidak ada. Maka akhirnya saya datang ke sini,” tambahnya. 

Khairy yang memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam tiga pilihan raya berturut-turut diberi peluang selepas BN memutuskan untuk meletakkan timbalan pengerusi parti Mohamad Hasan di kerusi itu.

Sejak itu timbul keraguan tentang masa depan politik penyandang ahli Parlimen Rembau itu dan tetap menutup mulut apabila disoal oleh akhbar tentang kemungkinan destinasi seterusnya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pemilihan kerusi Sungai Buloh Khairy berkata beliau tidak dijemput pun untuk berbincang berhubung potensi kerusinya sebelum pencalonan.

Khairy berkata beliau bercakap dengan Noh Omar mengenai isunya dan mendakwa beliau dijemput oleh pengerusi BN negeri Selangor untuk bertanding di Selangor.

“Saya tidak diberi sebarang isyarat, saya tidak dijemput untuk berbincang. Penamaan calon semakin hampir dan saya terpaksa melakukan sesuatu untuk diri saya sendiri.

“Masa itulah saya menelefon Noh Omar dan dia berkata “kalau tak ada tempat kenapa tak datang Selangor?”

“Kemudian kami berjumpa dengan presiden MIC dan meminta pertukaran kerana ini kerusi mereka,” kata Khairy.

Khairy mengakui pada satu tahap beliau meminta untuk dibenarkan bertanding di Sungai Buloh tetapi mengulangi beliau berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi. – 10 November, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen