Fasa terakhir BKM dibayar Selasa depan, kata Ismail Sabri 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata ia diawalkan bagi membantu penerima menghadapi musim tengkujuh, yang dijangka bermula pada pertengahan November.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 November, 2022.

FASA empat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar awal, dengan penerima yang layak menerima sehingga RM900 mulai 15 November ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pemberian itu membabitkan RM2.1 bilion, akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai Selasa depan hingga Jumaat (18 November).

“Keputusan untuk membawa BKM fasa empat dari Disember hingga November adalah untuk membantu penerima dalam menghadapi musim tengkujuh, yang dijangka bermula pada pertengahan November.

“Bayaran bernilai RM2.1 bilion ini akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada di bawah kategori isi rumah dan warga emas bujang,” katanya dalam kenyataan itu.

Kali terakhir BKM diberikan adalah pada Sptember lalu melibatkan RM2.2 bilion.

Perdana menteri berkata orang ramai boleh menyemak status pembayaran mereka di https://bkm.hasil.gov.my. – 10 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen