Jutawan barang kemas India gagal rayuan cabar permohonan ekstradisi


Nirav Modi, jutawan barang kemas India yang terkenal dalam kalangan bintang Hollywood dan Bollywood, dituduh menipu salah sebuah bank terbesar di India AS$1.8 bilion . – Gambar AFP, 10 November, 2022.

JUTAWAN barang kemas India dalam buruan, Nirav Modi, gagal dalam rayuan untuk mencabar perintah ekstradisi terhadapnya atas tuduhan membabitkan kes penipuan bernilai AS$1.8 bilion.

Kes penipuan itu melibatkan salah sebuah bank terbesar di India pada 2018.

Modi sebelum ini dibenarkan merayu untuk mencabar perintah ekstradisi terhdapnya atas alasan kesihatan mental dan bimbang tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Alasan itu ditolak dua hakim mahkamah United Kingdom pada Rabu.

Pada Februari tahun lepas, mahkamah menolak permohonan Modi, yang digelar tukang emas kepada ramai bintang terkenal Hollywood dan Bollywood, dihantar pulang dari UK untuk dibicarakan di India.

Hakim mahkamah rendah Sam Gooze ketika itu berkata terdapat cukup bukti untuk mendakwa Modi di mahkamah India, dan menyerahkan keputusan muktamad kepada kerajaan Britain untuk mengekstradisi jutawan itu.

Pada April 2021, menteri dalam negeri Britain ketika itu Prit Patel meluluskan perintah ekstradisi terhadap Modi. Beliaudibenar merayu pada Ogos tahun yang sama.

Modi melarikan diri dari India pada Februari 2018 selepas dituduh memainkan peranan penting dalam menipu Punjab National Bank, antara bank terbesar di India, sebanyak AS$1.8 bilion.

Jutawan itu turut dituduh melakukan penggubahan wang haram selain mengganggu saksi dan memusnahkan bukti. – AFP, 10 November, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen