PBB mahu perjanjian bijirin Laut Hitam disambung setahun lagi


Griffiths yakin inisiatif bijiran Laut Hitam itu akan diperbaharui. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2022.

PERJANJIAN empat bulan mengeksport bijirin keluar dari Ukraine melalui laluan selamat di Laut Hitam dengan persetujuan Moscow dan Kyiv yang bakal tamat 22 November ini perlu disambung setahun lagi kata ketua Pertubuhan Bangs- Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Kemanusiaan PBB Martin Griffiths berkata beliau yakin inisiatif bijirin itu akan diperbaharui.

PBB, Turkiye, Rusia dan Ukraine menandatangani perjanjian penting pada 22 Julai lalu bagi membuka semula tiga pelabuhan Ukraine – Odesa, Chornomorsk dan Yuzhny – untuk penghantaran bijirin yang  tertangguh selama berbulan-bulan kerana perang Rusia-Ukraine.

“Ia perlu melangkaui tempoh empat bulan itu. Kita perlu lihat ia diperbahrui setahun.

“Petani perlu tahu segera sama ada berbaloi atau tidak untuk menanam bagi menuai hasil tahun depan. Untuk itu kita perlu ada kepastian terhadap operasi Laut Hitam,” kata Griffiths pada sidang media di Geneva. – AFP,  10 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen