SEBARANG keputusan untuk membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2023 dibentangkan akan membawa kesan negatif yang ketara kepada ekonomi negara, kata Ong Kian Ming.
Ahli Parlimen Bangi itu berkata terdapat spekulasi bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok, yang mana baginda akan meminta Parlimen dibubarkan pada hari berikutnya, sebelum pembentangan Bajet 2023.
Ong berkata, pemimpin semua parti dan ahli Parlimen perlu melakukan segalanya dengan kuasa mereka untuk merayu kepada perdana menteri supaya membenarkan bajet itu dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan di Parlimen sebelum ia boleh dibubarkan.
“Impak pertama sekiranya pembentangan bajet tidak dijalankan boleh dilihat dalam pasaran mata wang yang mana ringgit, yang sudah didagangkan pada paras terendah dalam sejarah RM4.63 hingga AS$1, akan terus jatuh,” katanya.
“Ringgit juga berkemungkinan akan jatuh berbanding mata wang rakan dagangan utama yang lain kita termasuk EURO dan dolar Singapura. Inflasi import akibat kejatuhan nilai ringgit juga berkemungkinan meningkat.
Impak kedua, katanya, ialah peningkatan kos pinjaman untuk kerajaan Malaysia disebabkan peningkatan risiko daripada ketidaktentuan politik.
Tanpa bajet, pelabur domestik dan asing tidak akan mempunyai panduan mengenai jangkaan trajektori fiskal kerajaan Malaysia pada 2023, termasuk strategi Kementerian Kewangan dalam menguruskan hasil dan perbelanjaan kerajaan.
Ini kata Ong, termasuk jangkaan dividen daripada Petronas, hasil tambahan daripada perubahan dalam dasar cukai dan kemungkinan pengenalan subsidi bersasar di bidang sensitif seperti petrol dan elektrik.
Beliau memberi amaran bahawa tanpa panduan sedemikian, pelabur asing akan berwaspada dan menjual aset Malaysia seperti bon dan ekuiti. Pelabur juga akan menuntut kadar faedah yang lebih tinggi ke atas bon kerajaan untuk mengambil kira ketidakpastian yang lebih besar dan risiko yang lebih tinggi.
“Impak ketiga ialah ketidakupayaan setiap kementerian dan agensi kerajaan untuk menyelaraskan dasar mereka dengan bajet.
“Memandangkan dokumen bajet tidak didedahkan kepada bahagian lain kerajaan sahaja sehingga pembentangan, banyak kementerian tidak dapat mengesahkan sama ada perbelanjaan dan permintaan dasar mereka kepada Kementerian Kewangan telah diluluskan sehingga hari pembentangan bajet.
“Hanya SELEPAS bajet diumumkan, termasuk penerbitan item perbelanjaan yang lebih terperinci dalam anggaran bajet bagi kementerian individu, barulah setiap kementerian boleh mengesahkan pelan dasar mereka untuk tahun akan datang terutamanya bagi kementerian yang telah meminta item perbelanjaan baharu untuk diluluskan,” katanya.– 5 Oktober, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen