Jangka hayat turun akibat Covid-19, kata pakar


Raevathi Supramaniam

Purata jangka hayat menurun turut didorong faktor lain seperti genetik dan sistem penjagaan kesihatan, kata pakar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2022.

PANDEMIK Covid-19 menjadi penyebab utama purata jangka hayat bayi yang lahir tahun ini di Malaysia menurun, namun ia turut didorong faktor lain seperti genetik dan sistem penjagaan kesihatan, kata pakar.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai berkata keadaan ini bukan hanya berlaku di negara kita tetapi juga di seluruh dunia.

Menurutnya, penurunan jangka hayat bagi 2020 hingga 2022 disebabkan jumlah kematian luar biasa semasa pandemik Covid-19.

“Jangka hayat adalah purata bilangan tahun seseorang individu dijangka hidup.

“Semasa pandemik, bilangan orang muda yang meninggal dunia meningkat dengan tidak seimbang, mengakibatkan jangka hayat menurun, ” kata Dr Muruga Raj kepada The Malaysian Insight.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di 37 negara dan diterbitkan British Medical Journal tahun lepas, purata jangka hayat lelaki dan wanita di semua negara terbabit menurun kecuali New Zealand, Taiwan dan Norway pada 2020.

Kajian tersebut juga mendapati lebih 28 juta lebihan tahun hilang nyawa pada 2020 di 31 negara, dengan kadar lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita.

Lebihan tahun hilang nyawa dikaitkan dengan pandemik Covid-19 pada 2020 adalah lima kali ganda lebih tinggi berkait wabak disebabkan virus influenza bermusim pada 2015.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2022.

“Covid-19 harus dilihat sebagai amaran kepada kita semua supaya memberi tumpuan kepada faktor risiko boleh ubah suai dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya panjang umur.

“Dan perlu juga diingat bahawa banyak kematian Covid-19 melibatkan orang muda di negara ini berkait dengan komorbiditi dan/atau obesiti,” kata Dr Muruga Raj.

Menurut data yang dikeluarkan tahun ini, wanita Malaysia dijangka dijangka hidup lama berbanding lelaki dengan beza purata 4.5 tahun.

Sehingga kini sebanyak 4.84 juta kes Covid-19 dan 36,374 kematian direkodkan di Malaysia.

Penyakit tidak berjangkit punca jangka hayat turun

Menurut pakar Kesihatan Awam Dr Zainal Ariffin Omar, jangka hayat menurutn disebabkan kemalangan dan penyakit tidak berjangkit (NCD).

“Kes komorbiditi dan kematian pramatang (bawah 70 tahun) disebabkan penyakit kronik, NCD dan kemalangan di Malaysia semakin meningkat. Ini mungkin akan menyumbang kepada penurunan jangka hayat pada masa depan.

“Kelak kualiti dan ketersampaian penjagaan kesihatan kepada sesetengah populasi mungkin menurun ekoran kos penjagaan kesihatan yang tinggi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau menambah, meskipun genetik, gaya hidup dan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan turut mempengaruhi jangka hayat namun di Malaysia kesemua aspek ini. – 4 Oktober, 2022.     

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen