PAC panggil agensi maritim, KDN berhubung perolehan kapal peronda


Alfian Z.M. Tahir

PAC akan meminta semua pihak yang terlibat dalam perolehan OPV milik APMM memberi penjelasan berhubung kelewatan penghantaran kapal itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2022.

JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) sebulat suara bersetuju memulakan prosiding perolehan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata PAC bersetuju APMM dan KDN mesti mengemukakan penjelasan kepada jawatankuasa itu mengenai punca kelewatan penghantaran.

“PAC akan memanggil KN dan APMM serta menteri kewangan termasuk syarikat yang diberi kontrak untuk membina semua kapal itu.”

“Tarikh prosiding akan diumumkan tidak lama lagi,” kata Wong.

Baru-baru ini, dilaporkan tiga OPV yang sepatutnya diserahkan kepada APMM pada 2020, masih dalam pembinaan.

Ketua Pengarah Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata OPV itu sedang dibina oleh sebuah syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd, di Pulau Indah, Selangor.

“Pandemik Covid-19 di negara ini menyumbang kepada kelewatan penghantaran kapal kepada APMM,” katanya dalam satu kenyataan awal bulan ini.

Beliau berkata pelancaran OPV 1, yang dijadualkan pada (13 September), tidak dapat dilakukan kerana kapal itu masih belum dapat dibawa ke lokasi. – 26 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • BAGAIMANA SAYA MENDAPAT PINJAMAN UNTUK PERNIAGAAN SAYA OLEH MARY KENT

    Hai semua, saya melihat ulasan daripada orang yang telah mendapat pinjaman daripada firma Pinjaman Steve Wilson. Secara jujur, saya fikir ia adalah satu penipuan, dan kemudian saya memutuskan untuk membuat permintaan berdasarkan cadangan mereka. Beberapa hari lalu, saya mengesahkan dalam akaun bank peribadi saya berjumlah $880,000, yang saya minta untuk perniagaan. Ini benar-benar berita baik dan saya sangat gembira kerana saya menasihati semua mereka yang memerlukan pinjaman sebenar dan yang pasti akan membayar balik untuk memohon melalui e-mel mereka: [email protected], Mereka adalah pemberi pinjaman yang sah!
    Mereka mampu meminjamkan anda pinjaman.
    Hubungi Encik Steve Wilson.
    E-mel: [email protected]
    laman web: https://stevewilsonfinancialloanfirm.weebly.com

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Sean philips · Ulasan