36% rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan, lapor UNCTAD


Kira-kira 36% penduduk Palestin hidup di bawah paras kemiskinan dan pada 2021, masalah pengangguran di wilayah Palestin yang diduduki kekal tinggi iaitu pada kadar 26 peratus. – Gambar EPA, 16 September, 2022.

KIRA-KIRA 36% penduduk Palestin hidup di bawah paras kemiskinan, menurut laporan terbaharu Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pada Rabu.

Pada 2021, masalah pengangguran di wilayah Palestin yang diduduki kekal tinggi iaitu pada kadar 26 peratus. 

Laporan itu turut mendedahkan ketakjaminan makanan meningkat daripada sembilan peratus kepada 23 peratus di Tebing Barat, manakala 50 peratus kepada 53 peratus di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Pendudukan Israel telah memecah-belahkan ekonomi Palestin dan menghalang pengeluar memperoleh akses kepada pasaran serantau dan global.

Dengan peningkatan kos pengangkutan dan pengeluaran, pendudukan Israel telah membantutkan daya saing pengeluar Palestin, menurut laporan itu. – Bernama, 16 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen